Sunday, January 29, 2017

Mengapa Firaun Membangun Piramid? Apakah Fungsi Piramid Mesir ?


Bangsa Mesir kuno membina piramid sebagai makam untuk Firaun atau raja mereka.
Seorang firaun akan mula merancang makamnya, atau "rumah-lamanya," segera setelah ia naik tahta.
Hal ini disebabkan piramid dibuat dengan begitu banyak kelengkapan sehingga pembuatannya memakan masa lama.

Untuk perjalanan ke akhirat, firaun memerlukan barang-barangnya ketika masih hidup termasuk dengan budak-budaknya.
Terdapat lebih daripada 100 piramid di Mesir yang dibina untuk Firaun yang berbeza-beza.
Kebanyakan piramid terdiri daripada kompleks utama yang dikelilingi oleh halaman, sebuah bilik di mana mumia firaun dikebumikan, dan sebuah piramid kecil sebagai rumah jiwa sang Firaun.

Beberapa piramid mempunyai beberapa piramid kecil di dekatnya yang diperuntukkan bagi makam ahli keluarga kerajaan.
Kepercayaan Mesir kuno menyatakan bahawa kematian merupakan awal perjalanan seseorang ke alam akhirat.
Setelah meninggal, mumia raja disimpan di dalam piramid agar tetap aman sekaligus untuk mempersiapkan agar perjalanan ke akhirat lebih lancar.
Barang-barang firaun ikut disimpan di dalam piramid agar mudah dicapai ketika Firaun memerlukannya ketika berada di akhirat.
Terdapat sebab-sebab mengapa piramid mesir berbentuk piramid. Orang Mesir purba percaya firaun menuju alam akhirat melalui perantara sinar matahari.
Sinar matahari yang digunakan firaun dilambangkan dengan bentuk piramid.
Bentuk piramid juga menjadi monumen untuk Re atau Dewa Matahari yang diyakini menciptakan semua kehidupan.
Lokasi piramid juga penting. Piramid harus berada di bawah bintang yang dianggap paling penting.
Kebanyakan piramid dibina di tepi barat Sungai Nil kerana matahari dianggap "mati" (tenggelam) di barat setiap harinya.
Piramid pertama tercatat dibina pada tahun 2611 SM sebagai makan untuk Firaun Djoser.
Piramid pertama ini tidak mempunyai sisi halus melainkan terdiri daripada enam tingkat (tangga).
Piramid pertama tanpa tangga dibina kira-kira tiga puluh tahun kemudian.
Kira-kira lima puluh tahun kemudian, piramid terbesar yang terletak di Giza mula dibina.
Piramid Giza merupakan pencapaian tenik luar biasa. Kompleks Piramid dibina dari kira-kira dua juta blok batu, dengan setiap blok mempunyai berat hingga lima belas tan.
Perlu waktu lebih dari 80 tahun untuk membina tiga piramid yang terletak di Giza.

No comments:

Post a Comment